Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

54) KOMPLEKS ISLAM DAERAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang membina Kompleks Islam di kesemua daerah di Selangor?

    Ya

  2. Apakah komponen dan pengisian utama sesuatu Kompleks Islam Daerah?

    Pembinaan sesebuah Kompleks Islam daerah bertujuan untuk mewujudkan pusat setempat bagi pengurusan Agama Islam. Ia merangkumi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

    Pengisian bagi kompleks ini merangkumi urusan pendaftaran perkahwinan, pengurusan sekolah yang berada di bawah kelolaan JAIS, pengurusan masjid dan surau, penerimaan aduan dan urusan lain yang melibatkan agama Islam di peringkat daerah.

  3. Berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan bagi pembinaan tersebut?

    Anggaran kos bagi pembinaan Kompleks Islam di setiap daerah adalah berjumlah RM30,000,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.