Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
184) KOMPLEKS ISLAM BERSEPADU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat dan konsep Kompleks Islam Bersepadu ini?
Kompleks Islam Bersepadu yang dirancang adalah bermatlamat menjadikan masjid sebagai pusat komuniti yang memenuhi kehendak syarak dan mesra masyarakat. Ia berkonsep memperkasa program komuniti di perkarangan masjid dengan memanfaatkan logistik dan lokaliti bagi masjid yang bersesuaian.
-
Bagaimanakah pembiayaan pembinaan kompleks ini?
Kompleks Islam Bersepadu ini dirancang untuk dibiayai sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri dan pembiayaan wakaf orang ramai selain daripada inisiatif kewangan lain yang diusahakan oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid yang berkaitan.