Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
142) KOMPLEKS ISLAM BERSEPADU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status cadangan penubuhan sebuah Kompleks Islam Bersepadu?
Penubuhan Kompleks Islam Bersepadu oleh pihak JAIS dengan kerjasama dengan pihak JKR telah dimulakan awal 2010 dengan perancangan pembinaan kompleks tersebut bagi menggantikan Pejabat Agama Islam Daerah sedia ada. Buat masa ini, Kompleks Islam Daerah Hulu Langat telah siap di bina pada 2013 yang mengandungi ruang pejabat termasuk kantin dan surau serta kaunter Khidmat Pelanggan Setempat dan sebuah dewan orang
-
Apakah konsep kompleks ini dan dimanakah cadangan penubuhannya?
Konsep bangunan yang telah dirancang ini bercirikan rekabentuk Islamik dan bersama keperluan semasa seperti dewan, ruang nikah, bahagian pentadbiran untuk bahagian di bawah seliaan JAIS, kantin, dan kaunter Khidmat Pelanggan Setempat (OSC).
Buat masa ini, Kompleks Islam Daerah Hulu Langat telah siap di bina, manakala Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor dan Gombak sedang dalam pembinaan. JAIS sedang dalam merancang bersama pihak JKR bagi menyediakan pelan bangunan bagi daerah lain seperti Hulu Selangor, Sepang, Kuala Langat, dan Sabak Bernam. Penubuhan Kompleks Islam ini mempunyai reka bentuk yang sama seperti Kompleks Islam Daerah Hulu Langat. Sebarang penambahan komponen tambahan akan diselaraskan berdasarkan peruntukan memandangkan peruntukan semasa adalah seperti asal yang telah dirancang dari awal RMK 10 iaitu 2009.