Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

131) KOMPLEK NIAGA PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikatakan telah menjual Kompleks Perniagaan PKNS, Shah Alam yang menyebabkan kadar sewanya semakin meningkat. Adakah persetujuan telah di capai dengan para penyewa tentang kadar sewa yang baru?

    Kenyataan PKNS menjual Kompleks PKNS adalah kurang tepat. Perancangn PKNS sebenarnya menyuntik aset-aset yang kurang produktif ke dalam REIT supaya ianya dapat ditadbir dengan lebih profesional. Mengenai kadar sewa baru masih dalam peringkat perundingan.

  2. Mengapakah PKNS bertindak mengutamakan keuntungan dan tidak melindungi kepentingan peniaga?

    Kenyataan PKNS hanya mengutamakan keuntungan dan tidak melindungi kepentingan peniaga adalah tidak benar. PKNS terpaksa menaikkan kadar sewa atas sebab-sebab berikut  :-

    1. Kos operasi bangunan telah meningkat sebanyak 22% dalam tempoh 6 tahun yang lalu yang mana kos dijangka akan meningkat lagi akibat kenaikkan kos pengawal keselamatan, letrik, pekerja dan juga provision untuk membaikpulih bangunan (sinking fund);
    2. Kadar sewa di Kompleks PKNS tidak dinaikkan selama hampir enam (6) tahun yang lalu dengan kadar sewa yang dikenakan adalah di antara RM0.70 – RM2.50. Ianya adalah sangat rendah (30%) berbanding harga pasaran di kawasan yang sama dan ianya tidak mencukupi untuk menampung kos maintenance semasa yang menelan belanja (RM1.40– RM1.60 kps) sahaja;
    3. PKNS telah merancang untuk membuat kerja-kerja penambahbaikan dan menaiktaraf secara komprehesif untuk memenuhi keperluan pendudukpenduduk persekitaran Shah Alam yang mahukan kompleks perniagaan yang lebih selesa dan vibrant. Kompleks ini juga akan menjadi tumpuan, penyewa-penyewa akan mendapat faedah dari segi peningkatan hasil jualan.  Kos bagi kerja-kerja ini dianggarkan sekurang-kurangnya RM10 juta (untuk Fasa 1) dan RM40 juta untuk menyiapkan keseluruhan kerja;
    4. Cadangan kadar sewa yang dinaikkan adalah sangat rendah di pasaran jika dibandingkan dengan kompleks perniagaan-perniagaan lain termasuk juga kompleks yang dimiliki oleh syarikat yang berkait dengan kerajaan Persekutuan seperti Plaza Sentral (milik MRCB). Sebagai contoh kadar sewa tingkat bawah Kompleks PKNS selepas kenaikkan hanyalah antara RM 3.50 ke RM 4.50 skp berbanding kadar sewa di kompleks lain yang berkadar antara RM 8.00 hingga RM 12.00 skp seperti jadual di bawah :-

    KADAR SEWA SEKITAR SHAH ALAM (RM Per Kaki Persegi (kps))

        Lower   Ground   First   Second   Third   Fourth
    KOMPLEKS  / Ground Floor Floor Floor Floor Floor
    TINGKAT
    (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
     
    KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM 4–5 2.50 –

    3.50

    2.50 2.50 0.50
    ALAM SENTRAL 4–12 8-12 6-10 6-10 4-8 3-6
    OLE -OLE 6-12 6-10 4–8
    PLAZA MASALAM– SHAH ALAM MALL 6–12 8-14 8-12 6-10 4-8
    JUSCO BUKIT RAJA 8-12 6-10 6-10
    SUBANG PARADE 8-15 8-12 8-10 6–8

     

Lampiran

Tiada Lampiran.