Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

66) KOMPLEK BARU MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan kos pembinaan dan pecahan kos perbelanjaan yang terlibat dalam membina sebuah kompleks baru Majlis Daerah Kuala Langat

    Anggaran kos pembangunan cadangan bangunan pejabat baru MDKL adalah berjumlah RM30 juta.

  2. Sila menyatakan lokasi, nombor lot dan perkembangan kerja-kerja pembinaan tersebut

    Lokasi : Di atas lot P.T 2164, Seksyen 3, Bandar Banting

    No. lot : P.T 2164

    Peringkat kemajuan :

    1. Masih dalam peringkat penjualan dokumen pelawaan bagi melantik perunding profesional mengikut bidang senibina, kejuruteraan awam dan struktur, kejuruteraan elektrik dan mekanikal serta ukur bahan.
  3. Sila menyatakan tarikh siap bangunan baru.

    Anggaran tempoh siap pembinaan adalah 2 tahun bermula daripada pelantikan kontraktor utama.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.