Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

166) KOMPAUN LETAK KERETA, TIADA LESEN PERNIAGAAN DAN KOMPAUN BANGUNAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan nilai kompaun salah letak kereta, tiada lesen perniagaan, penguatkuasaan dan kompaun bangunan yang belum dijelaskan mengikut daerah dan adakah tawaran diskaun akan diberikan ?

    Jumlah dan nilai kompaun yang dikenakan bagi kesalahan meletak kereta, tiada lesen perniagaan, penguatkuasaan dan kompaun bangunan yang masih belum dijelaskan adalah seperti berikut :

    PBT   NILAI KOMPAUN  
    SALAH LETAK KENDERAAN TIADA LESEN PERNIAGAAN KOMPAUN BANGUNAN
    MBSA RM 719,447.00 RM 392,655.00 RM 1,750,000.00
    MBPJ RM 515,201.00 RM 103,905.00 tiada maklumat
    MPK RM1,265,440.00 tiada maklumat tiada maklumat
    MPAJ RM 324,900.00 RM 1,617,000.00 RM 1,640,000.00
    MPSJ RM114,408,826.00 RM3,329,000.00 RM2,900,000.00
    MPS RM1,681,440.00 RM241,500.00 RM57,500.00
    MPKj RM362,480.00 RM3,133,000.00 RM1,3000.00
    MPSp RM 152,500.00 RM 827,000.00 RM 891,500.00
    MDKL tiada maklumat tiada maklumat tiada maklumat
    MDKS tiada maklumat tiada maklumat tiada maklumat
    MDHS tiada maklumat tiada maklumat tiada maklumat
    MDSB RM1,891,440.00 RM273,000.00 RM65,000.00
    JUMLAH RM121,321,674.00 RM11,817,560.00 RM7,317,000.00

    *nota : sumber daripada PBT

    PBT JUMLAH KOMPAUN YANG TELAH DIKENAKAN
    SALAH LETAK KENDERAAN TIADA LESEN PERNIAGAAN KOMPAUN BANGUNAN
    MBSA 11,225 632 7
    MBPJ 173,940 2,450 tiada maklumat
    MPK 31,636 992 tiada maklumat
    MPAJ 3,249 1,617 365
    MPSJ 1,459,074 3,329 116
    MPS 31,524 273 130
    MPKj 4531 3133 1245
    MPSp 1,525 1,654 1,783
    MDKL 17,908 464 854
    MDKS tiada maklumat tiada maklumat tiada maklumat
    MDHS tiada maklumat 529 633
    MDSB 31,524 273 130
    JUMLAH 1,766,136.00 15,346 5,263

    *nota : sumber daripada PBT

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi masalah tunggakan kompaun ini Pihak Berkuasa Tempatan menawarkan potongan sebanyak 50% dari nilai kompaun sekiranya bayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan. Di samping itu juga, potongan sebanyak 30% boleh diberikan kepada penerima kompaun yang mengemukakan rayuan. Ini adalah bagi memastikan supaya penerima kompaun membayar tunggakan yang di kenakan, di samping, ianya dapat menambahkan hasil

    Majlis / PBT itu sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.