Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

204) KOMPAUN KEPADA PENJAJA TIDAK BERLESEN DI PBT DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kompaun dikenakan kepada penjaja yang tidak berlesen di kebanyakan pbt di Negeri Selangor?

    Nilai minimum kompaun yang dikenakan kepada penjaja yang tidak berlesen di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor adalah di antara RM250 hingga maksimum RM1,000.

  2. Adakah jumlah kompaun tersebut menggalakkan mereka supaya terus menerus tidak memiliki lesen?

    Selain daripada dikenakan kompaun, barangan penjaja juga akan disita dan gerai penjaja tersebut akan ditutup. Bayaran kompaun juga perlu diselesaikan sebelum boleh memohon pembaharuan lesen. Oleh itu, perkara ini membantu dari segi kawalan supaya para penjaja tidak meneruskan tindakan untuk tidak memperbaharui lesen.

  3. Apakah pula kelebihan-kelebihan yang boleh ditawarkan oleh kerajaan terhadap pemilik lesen?

    Penjaja yang berlesen akan diberi keutamaan dan dijemput untuk membuka gerai semasa penganjuran program-program PBT,  program-program anjuran Kerajaan Negeri, membuka tapak di Bazar Ramadhan serta dijemput menyertai program-program keusahawanan anjuran PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.