Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

204) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR SDN BHD (KUIS SDN BHD)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor menyatakan sebanyak 195000 naskhah Buku Perbendaharaan Al-Quran dengan kos RM1.66 juta tidak dapat dijual kerana sambutan yang tidak menggalakkan dan buku ini telah/akan diberi secara sumbangan kepada badan/orang awam. Apakah sebenarnya perancangan KUIS Sdn. Bhd?

     

    KUIS melaksanakan perancangannya mengikut objektif asal penubuhannya sebagai Institusi Pengajian Tinggi Agama yang memberikan pendidikan agama dan akademik berteraskan Al-Quran dan Al-Sunah untuk melahirkan insan yang bertakwa yang berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan Negara. Ianya bertepatan dengan matlamat KUIS yang sepertimana moto, visi dan misinya iaitu:

     

    Moto

     

    Pemangkin Tradisi Ilmu

     

    Visi

     

    Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan

     

    Misi

     

    Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar  melalui                  penggunaan  teknologi   terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

     

     

    Falsafah

     

    Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertakwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

     

    Matlamat

     

    Membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.

  2. Bagaimanakah KUIS Sdn Bhd melakukan imbangan di atas kerugian ini?

    KUIS memperbaiki imbangan di atas kerugian tersebut dengan menyumbangkan 195,000 naskhah Perbendaharaan Al-Quran tersebut kepada badan-badan kerajaan swasta, NGO-NGO, Masjid-masjid dan surau- surau di seluruh negeri

  3. Berapakah harga senaskhah buku ini dan siapakah penerbit?

    i) Buku    Perbendaharaan    Al-Quran     tersebut     berharga     00 senaskhah.

     

    • Diterbitkan pada tahun 2008/1429 Hijrah oleh Majlis Agama Islam Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

     

    • Penerbitan buku ini ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor dan

     

    Dicetak oleh Pramaju Sdn Bhd, No 35, Jalan 5/10B, Spring Crest Industrial Park, 68100 Batu Caves, Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.