Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

56) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kedudukan KUIS berbanding kolej universiti milik kerajaan atau swasta lain di peringkat Malaysia?

    1. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) beroperasi sebagai sebuah kolej universiti swasta telah ditubuhkan sejak tahun 1995. Reputasi dan kedudukan KUIS terus meningkat  setiap tahun, termasuk dari segi jumlah pengambilan pelajar, kakitangan akademik, kemudahan prasarana dan pengiktirafan dari dalam dan juga luar

     

    KUIS telah menjalani proses audit oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), iaitu Code of Practice for Institutional Audit (COPIA) pada 22 hingga 24 Februari 2010, Hasil dan rumusan laporan audit tersebut mendapati KUIS dikategorikan dalam kelompok IPTS yang SIHAT. Ini meliputi aspek governans, pengajaran dan pembelajaran (P&P), pengurusan akademik dan hal- ehwal pelajar, kemudahan prasarana dan logistik serta kemampuan untuk berdaya saing nasional dan antarabangsa.

     

    Bagi menjamin integriti dan reputasi KUIS sebagai IPTS Islam  yang  berdaya  saing, pihak pengurusan, fakulti dan jabatan di KUIS hanya  memastikan  program-program  yang ditawarkan mendapat perakuan akreditasi daripada MQA. Sehingga  kini  KUIS  telah menawarkan lima (5) program Asasi (Foundation Studies); 23 program akademik    di peringkat diploma; 15 di peringkat ijazah sarjana muda manakala 2 program Sarjana

    – keseluruhannya berjumlah 45 program akademik.

     

    Bagi menjamin kewibawaan penawaran program-program akademik, kakitangan akademik dipastikan memiliki ijazah sarjana MA dan PhD. Lebih 70% kakitangan akademik kini telah memiliki ijazah MA dan usaha-usaha juga giat dijalankan bagi menambah bilangan pensyarah berkelayakan PhD melalui Skim Latihan Akademik Kakitangan (SLAK). Seramai 30 kakitangan akademik KUIS telah dipilih mengikuti program di peringkat PhD di universiti dalam negara.

     

    Di kalangan IPTS Islam, KUIS juga telah diberikan peranan penting sebagai Sekretariat dan Pengerusi Ikatan Kolej-Kolej Islam Berkembar Antarabangsa (IKBA)  yang  ditubuhkan pada tahun 2003 dalam usaha meningkatkan jaringan  akademik,  peningkatan kualiti akademik dan pelajar.

     

     

     

    Berdasarkan kekuatan dalaman yang ada, pihak pengurusan KUIS telah  membentangkan dokumen naik taraf kepada Universiti Penuh pada 19 November 2009 dan sedang melakukan usaha-usaha penambahbaikan untuk mencapai  matlamat menjadi sebuah universiti penuh.

     

    Di bawah kepimpinan Rektor KUIS yang dilantik pada 1 April 2010, KUIS akan berusaha merealisasikan kedudukannya sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu secara bersepadu dengan menjadikan Cordoba dan Andalusia di Sepanyol sebagai inspirasi untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan tamadun ilmu abad ke-21 atau dengan izin “to bring back the past glory of Islamic civilization of Cordoba and Andalusia into the present context.”

  2. Apakah KUIS mampu untuk bersaing dan meningkat tahap sehingga menjadi universiti penuh?

    1. KUIS mempunyai fundamentals atau asas-asas yang kukuh untuk dinaik taraf kepada sebuah universiti penuh. Berdasarkan kepada maklum balas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selepas pihak pengurusan KUIS membentangkan dokumen naik taraf universiti penuh, KUIS telah memenuhi 12 daripada 15 kriteria yang ditetapkan untuk menjadi sebuah universiti penuh. Bagaimanapun, KUIS perlu lebih intensif bagi memantapkan tiga aspek penting, iaitu menambah bilangan tenaga akademik berkelayakan PhD; menambah program-program akademik di peringkat sarjana dan  PhD serta pengupayaan di bidang Penyelidikan & Pembangunan (R&D).

     

    Sehingga kini KUIS masih mengekalkan status Kolej Universiti dengan  memberi  tumpuan kepada penambahbaikan program-program  akademik  berkualiti;  pengukuhan di bidang penyelidikan dan memantapkan barisan tenaga akademik berkelayakan PhD.

     

  3. Apakah graduan lulusan KUIS menepati kehendak pasaran kerja?

    1. Kurikulum akademik yang ditawarkan bukan sahaja berasaskan kepada aspek teori semata-mata tetapi juga berdasarkan kepada input-input daripada pihak    Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga adalah berteraskan kepada Problem Based Learning, iaitu memberi tumpuan kepada kajian-kajian kes bagi memantapkan kefahaman dalam aspek teori kepada bentuk praktikal.

     

    Semua pelajar-pelajar KUIS di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda juga disyaratkan mengikuti latihan industri atau internship dalam tempoh 3 hingga 6 bulan   bagi memastikan graduan KUIS mempunyai kemampuan kebolehpasaran pekerjaan. Sehingga kini, perangkaan menunjukkan kira-kira 70% graduan KUIS diterima dalam pasaran pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian manakala 30% lagi menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan ke atas di universiti- universiti dalam dan luar negara.

     

    Selain itu, pihak fakulti dan jabatan akademik di KUIS juga giat menganjurkan kursus- kursus dalaman yang memberi nilai tambah (value-added) kepada pelajar-pelajar seperti program keusahawanan, komunikasi dan kepimpinan sebagai asas persediaan sebelum pelajar-pelajar memasuki lapangan pekerjaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.