Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
126) KOLEJ INSPENS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelajar yang diambil pada tahun 2013 mengikut pecahan kaum ?
Terdapat 8 kursus yang dijalankan di INPENS seperti berikut:
- Kursus Mekanik Kenderaan Motor
- Kursus Juruteknik Elektrik
- Kursus Juruteknik Elektronik Industri
- Kursus Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
- Kursus Pembuat Pakaian Wanita
- Kursus Solekan dan Kecantikan
- Kursus Dandanan Rambut
- Kursus Motosikal
Jumlah bilangan pelajar bagi kemasukan untuk 8 kursus tersebut diatas pada tahun 2013 mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:
Kaum Bilangan Pelajar Peratusan (%) Melayu 731 orang 74% India 197 orang 20% Cina 61 orang 6% Jumlah 989 orang 100% -
Sila nyatakan dengan terperinci apakah objektif utama penubuhan Kolej tersebut ?
- Menyediakan peluang pendidikan dan latihan pada peringkat sijil dan diploma kemahiran kepada pelbagai golongan masyarakat
- Berusaha mengadakan peluang pendidikan yang berkualiti dan terkini sesuai dengan kehendak dan aspirasi Negara dan negeri Selangor
- Menyediakan program pendidikan dan latihan bagi membentuk tenaga pekerja mahir dan trampil serta dapat meningkatkan produktiviti
- Melahirkan tenaga pekerja yang disematkan dengan nilai-nilai positif yang bersedia berkhidmat kepada negara kerana Tuhan
- Menyediakan prasarana pendidikan dan latihan yang lengkap serta seiring dengan keperluan dan perkembangan teknologi terkini
- Menyediakan tenaga pengajar yang professional dan komited selaras dengan matlamat menghasilkan teanaga pekerja mahir, berilumu dan mengamalkan nilai-nilai
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai kedudukan kewangan terkini dan berapakah peruntukan tahunan yang diterima daripada Kerajaan Negeri ?
Jawapan seperti di lampiran.
INPEN (SELANGOR) SDN. BHD. (266436-D)
LAPORAN KEWANGAN BAGI BULAN BERAKHIR 30 APRIL 2014
PRESTASI KEWANGAN UNTUK BULAN BERAKHIR 30 APRIL 2014
Sehingga 30 April 2014 2014 Sebenar RM
% Belanjawan RM
Perbezaan RM
Belanjawan Pendapatan yuran
2,065,802
82
2,522,843
(457,041)
7,417,130
Pendapatan lain (Simpanan tetap sewaan auditorium) Jumlah Pendapatan
78,955 261 30,200 48,755 84,600 2,144,758 2,553,043 (408,286) 7,501,730 Kos belanja mengurus 462,315 80 574,592 112,277 1,723,376 Kos operasi 518,101 508,000 (10,101) 1,452,000 Kos penggajian Jumlah perbelanjaan
1,195,081 106 1,123,586 (71,495) 3,632,501 2,175,497 2,206,178 30,681 6,807,877 Kerugian sebelum cukai (30,740) (9) 346,865 (377,605) 693,853 INPEN(SELANGOR)SDN BHD
Jumlah Tajaan Pelajaran Bagi Tahun 2013
No. Penaja Jumlah(RM) 1 Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor 2,263,335.00 2 Kementerian Kewangan 2,002,900.00 3 Lembaga Zakat Selangor 385,221.67 Jumlah 4,651,456.67