Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
322) KOLEJ INPENS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah ikon graduan contoh yang telah dilahirkan oleh kolej ini. Sila nyatakan
Bagi tempoh sepanjang 2012-2014, sebanyak 2 orang ikon graduan contoh yang dilahirkan oleh kolej ini. Graduan-graduan ini telah berjaya mencipta nama di peringkat nasional dan
Graduan pertama ialah Saudari Nor Suriyani binti Musa dari bidang pembuat pakaian (jahitan). Beliau telah berjaya memenangi Anugerah Tangan Emas pada Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012. Anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi dan utama di dalam pertandingan tersebut. Kini beliau berkhidmat sebagai pereka fesyen di sebuah butik di Brunei Darussalam.
Graduan kedua ialah Saudari Nursyazwani Amirah binti Sumali dari bidang dandanan rambut. Beliau telah memenangi pingat perak di Pertandingan Kemahiran Malaysia 2013 dan turut dipilih panel pertandingan untuk mewakili Malaysia di Pertandingan Kemahiran ASEAN 2014. Pertandingan tersebut telah diadakan di Hanoi, Vietnam pada Oktober 2014 yang lalu dan graduan ini berjaya mendapat tempat ke-4 di kalangan semua peserta yang bertanding.
Secara keseluruhannya, semenjak pentransformasian kolej ini kepada kolej kemahiran pada tahun 2008, kolej ini telah melahirkan seramai kira-kira 7000 orang graduan kemahiran. Purata tahunan graduan kemahiran yang dihasilkan ialah sebanyak 1000 orang.
-
Apakah penambahbaikan yang telah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap kolej ini.
Kerajaan Negeri Selangor telah memberi pinjaman sebanyak RM 4,316,500.00 pada 2014 bagi menaik taraf pembangunan INPENS dari segi peralatan dan kelengkapan pembelajaran, serta baik pulih
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor juga turut meluluskan pewartaan 2 lot tanah seluas 8.88 hektar sebagai Tapak Institusi Pendidikan pada 9 September 2014. Tanah ini dilulus oleh Pegawai Pengawal Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh INPEN (Selangor) Sdn. Bhd. untuk dijadikan kampus tetap.
-
Bidang kursus apakah yang menjadi kepakaran kolej ini.
INPENS International College pada keseluruhannya menawarkan 9 bidang kemahiran sebagai pilihan kepada pelajar. Kesemua 9 bidang kemahiran tersebut merupakan kepakaran INPENS International College, bidang-bidang tersebut ialah:-
- kejuruteraan automotif;
- kejuruteraan motosikal;
- kejuruteraan elektrik;
- teknologi elektronik;
- sistem komputer;
- kejuruteraan penyamanan udara;
- dandanan rambut;
- kosmetologi (kecantikan) dan
- teknologi fesyen (jahitan)