Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

46) KOLEJ DAN UNIVERSITI MILIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan yang disalurkan kepada kolej dan universiti milikan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan kolej seperti Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) bagi membantu golongan muda di daerah yang lain? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan dan dapat membantu golongan muda untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan, Kerajaan sentiasa memastikan kemudahan serta fasiliti dan alat bantu mengajar di setiap institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri berada di tahap baik dan berkualiti. Sehubungan itu, kerajaan negeri sedang melakukan penambahbaikan fasiliti di semua kampus institusi di bawah Kerajaan Negeri.

    Sehingga kini Kerajaan Negeri mempunyai sebanyak 3 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej INPENS. Universiti Selangor (UNISEL) yang mempunyai 2 buah kampus iaitu di Shah Alam dan Bestari Jaya,Kuala Selangor. Kolej INPENS beroperasi di Pusat Bandar Kuala Selangor manakala Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) beroperasi di Bangi.

    Kapasiti di ketiga-tiga institusi pengajian tinggi ini masih lagi dapat menambung kapasiti pelajar. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa melihat ruang dan peluang bagi memberi peluang kepada anak-anak yang berada di daerah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.