Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
79) KOLAM UDANG DI ASSAM JAWA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah hak milik tanah diberikan dan siapakah penternak udang dan apakah pelaburan nya?
Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pelupusan tanah secara pemberimilikan di kawasan tersebut seperti dalam jadual di bawah. Kesemua penternakan udang ini diusahakan oleh JW Properties Sdn Bhd.
No. No. Lot No. Hak milik Nama Pemilik Keluasan Tempoh Pajakan
1 7074 P.N. 30658 PKPS 202,335 mp 20 tahun 2 4172 HS(D) 13555 PKPS 46.5395 Ha 99 tahun 3 4173 HS(D) 13556 PKPS 40.4686 Ha 99 tahun 4 4174 HS(D) 13557 PKPS 121.4041 Ha 99 tahun 5 3797 HS(D) 8552 Api-Api Aquaculture Sdn Bhd 86.50 Ek / 35.00 Ha 99 tahun 6 3838 HS(D) 5349 Rintis Alam Sdn Bhd 100 Ek / 40.46 Ha 20 tahun 7 3881 HS(D) 5403 Tetangga Bahagia Sdn Bhd 100 Ek / 40.46 Ha 99 tahun 8 3884 HS(D) 5400 Syarikat Vision Pines Sdn Bhd 100 Ek / 40.46 Ha 30 tahun 9 4009 HS(D) 6167 Persatuan Nelayan Kuala
Selangor
100 Ek / 40.46 Ha 99 tahun -
Sudahkah tindakan diambil untuk keluarkan sungai dan rizabnya dari hak milik yang diberi? Adakah cukup tanah di rizabkan untuk pembangunan di kawasan untuk rizab sungai bagi jeti, gerai-gerai perniagaan hasil laut, kampung tersusun nelayan dan kolam pancing ikan?
Pada 18 Mac 2009, Pentadbir Tanah Kuala Selangor telah mengemukakan Kertas Ringkasan untuk pertimbangan MMKN ke atas permohonan meminda pelan kedudukan tanah tapak kolam udang di atas lot 4173, Mukim Api-api, Kuala Selangor. Alasan untuk meminda pelan kedudukan adalah kerana di atas tanah milik PKPS ini terdapat alur
sungai ( Sungai Assam Jawa ) yang digunakan oleh penduduk dan nelayan untuk ke laut. MMKN ke 11/2009 yang diadakan pada 8 April 2009 telah MENOLAK permohonan meminda pelan kedudukan tanah ini.
MMKN 16/2009 bertarikh 20 Mei 2009, telah membincangkan semula isu ini dan MMKN 17/2009 bertarikh 27 Mei 2009, telah mengesahkan keputusan bahawa 4 lot tanah milik PKPS yang terletak di persisiran pantai diambil balik di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 kerana Y.A.B. Tan Sri Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat kes pencemaran air di kawasan Kuala Selangor terutamanya di kawasan tanah yang diberi milik kepada J.W Properties Sdn Bhd iaitu penternak udang di mukim Api-api. Dalam kes ini, pengusaha kolam udang tersebut melepaskan air yang mengandungi bahan kimia daripada kolam udang terus ke laut yang mengakibatkan kematian dan kepupusan kerang dan ikan sekiranya tidak dikawal.
Oleh yang demikian, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Pengerusi mengarahkan agar Pentadbir Tanah Kuala Selangor untuk membuat pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 3(i)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah yang dimiliki oleh PKPS yang telah dipajak kepada pengusaha kolam udang seluas kira-kira 400 ekar di kawasan tersebut.
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengemukakan permohonan rasmi pada 4 Jun 2009 untuk mengambil balik 4 lot tanah milik PKPS termasuk tanah yang terlibat dengan alur Sungai Assam jawa, di bawah Seksyen 3(i)(a) Akta Pengambilan tanah 1960.
PTD Kuala Selangor telah menyediakan Kertas Ringkasan untuk kelulusan YAB Menteri Besar bersama dengan kertas sokongan oleh PTG Selangor pada 9 Jun 2009.
YAB menteri besar telah meluluskan permohonan pengambilan balik tanah pada 14 Jun 2009. Cadangan pengambilan balik tanah ini telah disiarkan dalam warta No. 2169 bertarikh 25 Jun 2009.
Tindakan PTD Kuala Selangor selanjutnya adalah untuk mengadakan siasatan “hearing” sekurang-kurangnya selepas 21 hari dari tarikh siaran warta. Walau bagaimanapun tarikh siasatan akan ditetapkan selepas nilaian tanah diperoleh daripada Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta (JPPH).