Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
229) KOLAM TERNAKAN UDANG HARIMAU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di dalam Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor, terdapatnya banyak bilangannya kolam-kolam ternakan udang yang diusahakan oleh syarikat dan agensi Kerajaan Negeri (PKPS). Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar: a) Apakah benar aktiviti ternakan udang di kawasan tersebut sudah terhenti?
a) Tanah-tanah tersebut iaitu di Lot 7047, PN 30658, PT 4172, HS(D) 13555, PT 4173, HS(D) 13556 dan PT 4174, HS(D) 13557, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan seluas 228.74 hektar telah diambil balik oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui warta Kerajaan Negeri No. 2109 bertarikh 25 Jun 2009 untuk tujuan projek pemuliharaan Tanaman
-
Jika benar, kenapakah aktiviti berkenaan terhenti?
c) Sehubungan dengan itu, PKPS tiada lagi tanah di dalam mahupun di luar Negeri Selangor yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti penternakan udang harimau.