Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

35) KOLAM TEBATAN BANJIR RAWANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapa kolam tebatan banjir Sungai Gong masih tidak diselenggara dengan sempurna?

    Untuk makluman Yang Berhotmat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Gombak telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara one-off pada tahun 2023 melalui perolehan sebut harga Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Sungai Gong menggunakan Peruntukan Persekutuan berjumlah RM405,000.00. Pada tahun 2024 pula, JPS Daerah Gombak akan melaksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Sungai Gong berjumlah RM330,000.00 menggunakan Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit secara sebut harga yang kini dalam proses penilaian oleh Jawatankuasa Sebut Harga. Kerja penyelenggaraan tersebut dijangka bermula pada bulan Ogos 2024.

  2. Adakah kerajaan merancang untuk menaiktaraf sekeliling kolam takungan ini menjadi kawasan riadah?

    JPS Negeri Selangor tidak mempunyai perancangan untuk menaiktaraf sekeliling/ persekitaran Kolam Takungan Banjir Sungai Gong kepada kawasan riadah memandangkan kawasan kolam takungan tersebut mempunyai rizab yang minimum bagi tujuan landskap dan rekreasi. Secara dasarnya, reka bentuk kapasiti takungan yang optimum akan mengambilkira rizab kolam takungan itu sendiri dan limpahan air dibenarkan sehingga ke kawasan rizab kolam takungan. Justeru, sekiranya sekeliling kolam takungan dinaiktaraf menjadi kawasan riadah akan mengurangkan kapasiti takungan kolam.

  3. Nyatakan status kini pembinaan kolam tebatan banjir di kawasan industri Rawang Integrated.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk melaksanakan Projek Membina Kolam Takungan Banjir di ‘Rawang Integrated’ Bagi Mengatasi Masalah Banjir di Sungai Gong, Mukim Rawang, Daerah Gombak. Status projek tersebut adalah dalam proses penilaian tender yang dijangka akan dibentangkan ke Jawatankuasa Lembaga Perolehan dalam masa terdekat. Berikut adalah perincian projek tersebut:-

     

    Bil. Tajuk

    Skop

    Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status

    1.

     

    Projek Membina Kolam Takungan Banjir di ‘Rawang Integrated’ Bagi Mengatasi Masalah Banjir di Sungai Gong, Mukim Rawang, Daerah Gombak

    a)   Menaiktaraf sungai

    b)   Menaiktaraf kolam takungan banjir

    15,000,000.00

    Peringkat Penilaian Tender

     

    Projek Dijangka Mula Pada Bulan Ogos 2024

Lampiran

Tiada Lampiran.