Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

223) KOLAM TAKUNGAN NANDING

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kolam Takungan Nanding di bawah RTB Sungai Langat akan mula dibangunkan?

    Pembinaan Kolam Takungan Nanding merupakan salah satu skop yang dicadangkan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat Fasa 2, Selangor. Projek tersebut masih dalam peringkat kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Peruntukan Off Budget.

     

    Cadangan pembinaan Kolam Takungan seluas 49 hektar di Taman Sri Nanding dijangka dapat menambahkan kapasiti tadahan air semasa hujan lebat kerana terdapat water intake Langat 2 di bahagian hilir. Namun demikian, pembinaan kolam takungan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.