Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

198) KOLAM TAKUNGAN AIR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar Kerajaan Selangor akan membina kolam-kolam takungan air di sepanjang tebing-tebing sungai yang telah dikenalpasti, sebagaimana kenyataan JPS, di Sungai Langat sahaja 8 buah akan dibina?

    Bagi pembangunan tanah yang melebihi 25 ekar, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan mensyaratkan agar kolam takungan disediakan oleh pihak pemaju di dalam kawasan pembangunan untuk mengawal aliran air larian daripada tapak supaya tidak membebani sungai di hilirnya. Manakala bagi pembangunan tanah yang kurang daripada 25 ekar, Kerajaan Negeri akan mensyaratkan agar ‘On Site Detention System (OSD)’ seperti ‘underground tank’ perlu disediakan oleh pihak pemaju untuk menyimpan air larian hujan. Bilangan kolam yang akan dibina adalah bergantung kepada keperluan di tapak mengikut kepada syarat-syarat yang telah

  2. Jika ya, mohon penjelasan lanjut mengenai lokasi, perlaksanaan dan anggaran kosnya?

    Kesesuaian kolam takungan yang dibina di sungai adalah bergantung kepada rekabentuk kolam dan keadaan geografi tapak. Untuk kes Sungai Langat, terdapat 2 lokasi yang telah dikenalpasti untuk pembinaan kolam takungan yang mana ianya masih di dalam proses Rekabentuk Terperinci Sistem Saliran khususnya Bandar

Lampiran

Tiada Lampiran.