Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

61) KOLAM TADAHAN TAMAN MELAWIS, KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek kolam tadahan Taman Melawis?

    Untuk makluman, JPS Selangor telah menjalankan rekabentuk terperinci bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Taman Melawis Klang pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, kolam tadahan tidak termasuk dalam skop kerja projek tersebut kerana tiada keperluan untuk mengadakan kolam takungan. Skop kerja projek adalah seperti berikut:-
    i. Menaiktaraf sistem perparitan
    ii. Kerja pembinaan microtunelling di bawah landasan keretapi
    iii. Sistem pam dan rumah pam

  2. Berapakah peruntukan yang dipohon untuk projek ini?

    Kelulusan siling Peruntukan Caruman Parit berjumlah RM 15.8 juta bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Taman Melawis Daerah Klang. (Tidak berkaitan dengan Kolam Tadahan)

  3. Bagaimankah kerajaan negeri dapat membantu dari segi kewangan untuk mempercepatkan proses pengambil tanah tersebut supaya projek dapat dijalan dengan cepat?

    Tiada cadangan pengambilan balik tanah yang terlibat. Namun begitu, projek belum boleh ditender disebabkan kekangan Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit yang tidak mencukupi bagi membiayai projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.