Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
263) KOLAM TADAHAN KAMPUNG SUNGAI PINANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada diwartakan tapak kolam tadahan di Kampung Sungai Pinang DUN Sementa?
Untuk makluman Yang Berhormat, tiada sebarang pewartaan kolam takungan dibuat di dalam Kampung Sungai Pinang memandangkan status pemilikan kolam adalah masih di bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Pendekatan yang diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dalam memastikan kolam takungan tidak diubah kefungsian dan reka bentuknya adalah melalui serahan kolam serta pewartaan kolam takungan. Dokumen serahan kolam takungan yang perlu disediakan oleh pihak pemaju adalah seperti berikut:-
- Mensyaratkan supaya pemaju mengemukakan Pelan As-Built, Pelan Pra-Hitungan dan Borang 12B KTN dikemukakan kepada pihak JPS sebelum ulasan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) boleh dikeluarkan.
- Memastikan kesemua kolam takungan dibina mengikut spesifikasi General Engineering Practice dengan reka bentuk yang telah diluluskan sebelum penyerahan boleh dibuat.
- Surat rasmi penyerahan kolam takungan serta laporan bergambar bagi status terkini kolam.
-
Apakah usaha kerajaan bagi membantu mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Sungai Pinang khususnya di jalan Dato Md Sidin - Jalan Goh Hock Huat?
Untuk makluman Yang Berhormat, salah satu punca banjir yang berlaku di Jalan Dato’ Mohd Sidin adalah berpunca daripada keadaan kawasan yang rendah menyebabkan air larian hujan tidak dapat mengalir dengan sempurna dan seterusnya menyebabkan banjir. Sehubungan dengan itu, bagi mengurangkan risiko banjir yang berlaku di kawasan tersebut, Jalan Dato’ Mohd Sidin perlu ditinggikan dari aras sedia ada oleh pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memandangkan kawasan tersebut adalah di bawah seliaan MBDK. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan parit dan borrowpit sehingga ke pintu kawalan air bagi memastikan ianya dapat berfungsi secara optimum. Kerja-kerja yang telah dilaksanakan pada tahun 2024 adalah seperti berikut:-
Bil. Tajuk Kerja Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Secara Berkala Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Borrowpit Parit dan Kolam di Kawasan Sg. Pinang Rantau Panjang di Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Pembersihan parit dan kolam 133,570.00 13.3.2024 –
13.1.2025
Dalam Pelaksanaan Jadual: 30%
Sebenar: 30%
(sehingga
24 Jun 2024)
2. Kerja-Kerja Mencuci Parit Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sg. Putus dan Sg. Binjai Daerah Klang Selangor Darul Ehsan Pembersihan Parit 49,740.00 16.04.2024 –
10.06.2024
Siap (Kerja Undi Pusingan 1)
Jumlah 183,310.00