Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

371) KOLAM TADAHAN DI DUN KUANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kolam tadahan yang dibina menimbulkan risiko keselamatan kerana tidak berpagar dan tidak diselenggara seperti di Tasik Biru Kuang. Apakah rancangan dan tindakan pihak berkenaan untuk memastikan semua kolam tadahan di selenggara dan dipagar terutamanya yang masih dimiliki oleh pemaju?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Tasik Biru Kuang merupakan kolam tadahan semula jadi dan berada di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Penyelenggaraan bagi tasik tersebut adalah dilaksanakan oleh pihak PBT iaitu Majlis Perbandaran Selayang.

    Terdapat empat (4) kolam tadahan yang telah diselanggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor iaitu Kolam Taman Rahmat Jaya, Kolam Desa Kundang 1, Kolam Desa Kundang 2 dan Kolam Kundang Jaya di mana ke semua kolam tadahan tersebut adalah berpagar. Walau bagaimanapun, terdapat penduduk yang mencerobohi pagar yang dibina dan mengakibatkan kerosakan pada pagar tersebut. Jabatan akan melaksanakan kerja penyelenggaraan kolam dan pagar yang rosak bagi kolam yang diselenggara oleh JPS sahaja dengan menggunakan peruntukan pada tahun semasa. Bagi kolam yang belum diserahkan kepada Jabatan, penyelenggaraan kolam dan pagar perlu dilaksanakan oleh pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.