Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
113) KOLAM RENANG KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status projek naiktaraf kolam renang kompleks sukan pandamaran.
Untuk makluman, Syarikat D Swim Academy merupakan Syarikat yang mengendalikan Kolam Renang Kompleks Sukan Pandamaran dan telah mendapat kelulusan pelan naiktaraf kolam renang daripada pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang. Status terkini, kerja – kerja naik taraf sedang dijalankan ditapak serta dalam tempoh yang sama telah menghantar semua pelan lulus kepada Jabatan Bomba bagi memperolehi sijil keselamatan bangunan.
-
Berapakah kos yang dicaj kepada swasta untuk mengendalikan kolam ini?
Nilai sewaan yang dikenakan ke atas Syarikat D Swim Academy adalah sebanyak RM 9,000.00 sebulan atau RM108,000.00 setahun.
-
Nyatakan tempoh kontrak yang diberikan kepada swasta.
Tempoh Kontrak yang diberikan kepada syarikat adalah secara pajakan selama 15 tahun (3+3+3+3+3) mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2037.