Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
68) KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN PANDARAMAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kerja memperbaiki kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran?
Kerja-kerja pembaikan di Kolam Renang Kompleks Sukan Pandaraman adalah melibatkan kerja-kerja sivil yang dijangka siap pada 27/7/2017.
-
Bolehkah ianya disiap pada bulan September 2017 seperti dijangka?
Kerja-kerja elektrikal dan mekanikal dijangka siap pada September oleh pihak Jabatan Kerja Raya.