Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

74) KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN PANDARAMAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status memperbaiki kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran dan bila boleh dijangka siap untuk diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri?

    Majlis telah mengiklankan kerja-kerja pembaikan kolam renang meliputi kerja-kerja pembaikan bangunan dan kerja-kerja dijangka akan dimulakan pada bulan April 2017. Kerja-kerja ini juga melibatkan pembaikan/penggantian peralatan mekanikal/elektrikal yang mana kerja-kerja dijangka siap keseluruhannya pada bulan Ogos 2017.

  2. Berapakah kos untuk memperbaiki kolam renang tersebut dan adakah kos tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri atau Majlis Perbandaran Klang?

    Majlis ada membuat permohonan peruntukan kepada Kerajaan Negeri. Anggaran kos keseluruhan sebanyak RM650,000.00.

  3. Bilakah ianya dijangka dibuka semula untuk kegunaan orang awam?

    Ianya dijangka dibuka pada bulan September 2017.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.