Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

48) KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN PANDARAMAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Majlis Perbandaran Klang telah menyerahkan kunci kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran kepada Majlis Sukan Negeri Selangor pada 19 Januari 2018 tetapi sehingga kini kolam renang tersebut masih belum dibuka semula kepada orang awam. Bila ianya akan dibuka semula?

    Pemeriksaan bersama MSN Jabatan  Penilaian  Dan  Pengurusan  Harta,  Jabatan Kewangan dan Jabatan Kejuruteraan telah dibuat pada 22/2/2018 dan 9/3/2018 bagi pengesahan aset-aset di kawasan kolam tersebut. Pada masa  ini juga, pihak Jabatan Undang-undang juga dalam perlaksanaan akhir penyediaan perjanjian di antara MPK dan MSN.

Lampiran

Tiada Lampiran.