Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
149) KOLAM AIR PANAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Projek menaik taraf kolam air panas di Selayang jalan antara Selayang ke Rawang?
Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan pajakan bagi cadangan naik taraf telah pun diluluskan pada 27/02/2020 dengan nilai kos pajakan RM1,828,500.00 dan bayaran tahunan RM30,081.00 bagi tempoh 21 tahun. MPS telah merayu untuk mendapatkan pengurangan kadar dan perlanjutan tempoh menandatangani perjanjian pajakan dan sedang menunggu pertimbangan daripada Pejabat Tanah dan Galian Selangor.