Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

170) KLORR – KUALA LUMPUR OUTER RING ROAD

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) yang akan dibina sebahagiannya merentasi Kampung Sungai Pusu, Gombak?

    Projek Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) ataupun kini telah dikenali sebagai Projek East Klang Valley Expressway (EKVE) sedang ditangguhkan pelaksanaannya. Projek ini sebagaimana maklum, akan melibatkan dua (2) Fasa iaitu :-

    1. Persimpangan Bertingkat Sg. Long hingga Persimpangan Bertingkat Ukay Perdana. ii. Persimpangan Bertingkat Ukay Perdana hingga Persimpangan Bertingkat UIAM.

    Status projek bagi Fasa 1 yang bermula dari Persimpangan Bertingkat Sg. Long hingga Ukay Perdana telah siap Pelan Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 dan telah diwartakan pada 7 November 2013. Selain daripada itu, laporan terperinci Environmental Impact Assessment (EIA) telah diluluskan pada 25 April 2013. Walau bagaimanapun, proses “Public Inquiry” (Penyiasatan Awam) sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri sebagai pra-syarat untuk mewarta keluar Rizab Hutan Simpan yang terlibat. Pembinaan lebuhraya dijangka akan bermula pada Julai 2014.

    Manakala projek bagi Fasa 2 kini masih ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, yang mana Kampung Sungai Pusu, Gombak tidak terlibat di dalam projek pembinaan bagi Fasa 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.