Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
77) KLINIK SELCARE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan rasional di sebalik cawangan Klinik Selcare di KL melalui The KL Clinic.
Selgate membeli saham majoriti dalam rangkaian klinik Poliklinik Sri Permai yang memiliki klinik di Selangor dan Kuala Lumpur. Rangkaian klinik di Selangor dijenamakan semula kepada Klinik Selcare dan penjenamaan di Kuala Lumpur dikekalkan sebagai The KL Clinic.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah Klinik Selcare di Selangor, khususnya di daerah Petaling yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi?
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan (c).
Cadangan penambahan cawangan Klinik Selcare di Negeri Selangor sama ada di daerah Petaling atau di daerah yang masih belum mempunyai rangkaian klinik tersebut bukan berdasarkan kepadatan penduduk yang tinggi sahaja. Antara faktor lain yang perlu di ambil kira adalah kadar permintaan bagi perkhidmatan perubatan di kawasan tersebut, bilangan klinik swasta sedia ada dan juga kemampuan kewangan di pihak Selcare Management Sdn. Bhd. bagi penubuhan dan pengoperasian klinik tersebut.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah Klinik Selcare di kawasan luar bandar?