Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
179) KLINIK KESIHATAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan klinik kesihatan yang bakal diwujudkan di kawasan Bukit Sentosa?
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemukakan permohonan untuk membina Klinik Kesihatan (KK) Jenis 2 Bukit Sentosa, Hulu Selangor (Baru) di bawah Rancangan Malaysia ke Duabelas (RMKe-12) Rolling Plan ke-2 (RP2) dan projek ini sedang dalam penilaian pihak Kerajaan berikutan kepesatan penduduk dan permintaan perkhidmatan kesihatan yang tinggi di Kawasan tersebut.
Pada masa kini, penduduk setempat masih boleh menerima rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Serendah yang terletak 11 km dari tapak KK Bukit Sentosa bagi rawatan Jabatan Pesakit Luar dan bagi rawatan Ibu dan Anak, penduduk boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bukit Sentosa yang terletak 5 km dari tapak KK ini.
-
Apakah usaha kerajaan Selangor dalam menaiktaraf klinik kesihatan Rasa dan klinik desa Batang Kali?
Kementerian Kesihatan Malaysia komited dalam memastikan infrastruktur fasiliti dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan memenuhi keperluan orang awam.
Bagi tujuan tersebut di atas, peruntukan tahunan (Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Belanja Mengurus) akan disalurkan kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor adalah tidak terkecuali dan peruntukan yang diterima diagihkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) termasuk kawasan Parlimen Batang Kali dibawah seliaan PKD Hulu Selangor.
Memandangkan peruntukan yang diterima amatlah terhad, hanya kerja pembaikan kecil dapat dilaksanakan oleh pihak PKD Hulu Selangor sepanjang 5 tahun ke belakang bagi kedua-dua klinik ini.