Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
150) KLINIK GIGI TANJUNG KARANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan klinik gigi Tanjung Karang?
Projek pembinaan Klinik Pergigian Tanjung Karang telah mencapai kemajuan fizikal sebenar sebanyak 33.23% berbanding kemajuan jadual 32.94% sehingga 31 Januari 2022 iaitu mendahului jadual kemajuan projek dan dijangka siap pada 11 Ogos 2023.
-
Berapakah jumlah peningkatan perbelanjaan pembinaan klinik gigi tersebut dan faktornya?
Tiada berlaku kenaikan kos pembinaan sehingga kini