Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

188) KLINIK ESTETIK TANPA IZIN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilangan klinik estetik tanpa izin semakin meningkat di Selangor. Trend terkini ialah iklan berbayar Instagram di mana prosedur akan dijalankan di hotel atau AirBnB. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?

    PBT tiada bidang kuasa dan kawalan bagi pengusaha/ peniaga yang memasarkan produk melalui media sosial. PBT hanya melesenkan aktiviti klinik di premis yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, PBT sentiasa komited dalam menjalankan operasi bersepadu bersama agensi-agensi berkaitan dalam membanteras aktiviti perniagaan dan pengoperasian yang tidak berlesen di kawasan PBT dalam memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Lampiran

Tiada Lampiran.