Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
213) KLINIK BERGERAK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini perkhidmatan klinik bergerak yang beroperasi di Selangor.
Secara keseluruhannya, jumlah terkini perkhidmatan klinik bergerak yang beroperasi di seluruh Selangor adalah 12 perkhidmatan. Perincian jumlah perkhidmatan mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL DAERAH BILANGAN PASUKAN KLINIK BERGERAK
NAMA PASUKAN 1. Gombak 1 Pasukan Klinik Bergerak KB (P) KK Rawang 2. Hulu Langat 2 Pasukan Klinik Bergerak KB (P) KK Batu 14 KB (P) KK Semenyih
3. Hulu Selangor 1 Pasukan Klinik Bergerak 1 Pasukan Klinik Bergerak
Bas 1Malaysia
KB (P) PKD Hulu Selangor KB (P) KB1M
4. Klang 2 Pasukan Klinik Bergerak KB (P) KK Pulau Indah KB (P) KK Pulau Ketam
5. Kuala Langat 3 Pasukan Klinik Bergerak KB (P) KK Telok Panglima Garang
KB (P) KK Jenjarom
KB (P) KK Telok Datok
6. Petaling 2 Pasukan Klinik Bergerak KB (P) KK Kelana Jaya KB (P) KK Seksyen 7, Shah Alam
* Tiada Perkhidmatan Klinik Bergerak di 3 daerah iaitu Kuala Selangor, SabakBernam dan Sepang
-
Senaraikan jumlah penerima rawatan klinik bergerak mengikut daerah.
Bilangan penerima rawatan klinik bergerak mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL DAERAH TAHUN 2013 2014 2015 2016 2017 (JAN – JUN)
1. Gombak 4649 5547 5873 2633 1413 2. Hulu Langat 480 646 793 1581 659 3. Hulu Selangor – Klinik Bergerak
3528 3272 1319 1036 508 – Klinik Bergerak Bas 1Malaysia 5576 3794 6277 7154 2824 4. Klang 6999 8369 871 265 126 5. Kuala Langat 2836 2570 2832 5829 2300 6. Petaling 4192 6297 7065 343 189 -
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik perkhidmatan ini?
Perkhidmatan Klinik Bergerak di Negeri Selangor disediakan dan dikawal selia oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) iaitu sebuah jabatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Di peringkat Kerajaan Negeri, bagi memastikan perkhidmatan kesihatan lebih dekat dengan masyarakat, pelaksanaan Skim Peduli Sihat (SPS) adalah satu kaedah yang dapat menampung keperluan masyarakat untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Dengan adanya lebih kurang 624 buah klinik panel yang dilantik di bawah SPS di seluruh Negeri Selangor, sasaran untuk memberi kemudahan rawatan kesihatan dengan lebih dekat kepada rakyat akan mencapai matlamat seperti mana yang dihasratkan.