Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
49) KLASIFIKASI GOLONGAN B40, M40, T20 DI SELANGOR DAN MALAYSIA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Rakyat Malaysia dibahagikan kepada golongan B40, M40 dan T20. Adakah klasifikasi ini hanya berdasarkan median pendapatan?
B40, M40 dan T20 adalah istilah-istilah yang digunakan untuk membahagikan rakyat Malaysia kepada kumpulan atau golongan berdasarkan isi rumah. B40, M40 dan T20 adalah singkatan kepada Bottom 40%, Middle 40% dan Top 20% dan istilah ini merujuk kepada nisbah bilangan isi rumah setiap kumpulan berbanding jumlah keseluruhan bilangan isi rumah di Malaysia.
Untuk menentukan julat pendapatan bagi setiap kumpulan, setiap isi rumah disenaraikan mengikut pendapatan. Bermula dengan isi rumah yang berpendapatan paling tinggi diletakkan di kedudukan paling atas sehinggalah isi rumah yang berpendapatan paling rendah di kedudukan paling bawah. Kemudian barulah jumlah isi rumah ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu 20% paling atas, 40% pertengahan dan 40% paling bawah.
-
Sekiranya begitu, adakah terdapat sebarang perbezaan klasifikasi golongan B40, M40 dan T20 di Malaysia (purata seluruh negara) berbanding Negeri Selangor?
Perbezaan klasifikasi golongan B40, M40 dan T20 di Malaysia adalah merujuk kepada had pendapatan kasar isi rumah bulanan mengikut isi rumah. Perinciannya adalah berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan seperti di LAMPIRAN 1.
LAMPIRAN 1
(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)
Perbezaan klasifikasi golongan B40, M40 dan T20 di Malaysia adalah merujuk kepada had pendapatan kasar isi rumah bulanan mengikut isi rumah. Perinciannya adalah berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan seperti di LAMPIRAN 1.
LAMPIRAN 1
(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)