Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

51) KL NODE

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah projeck KL Node akan diteruskan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuhraya Kuala Lumpur-Northern Dispersal Expressway (KL-NODE) merupakan cadangan daripada pihak swasta yang kini masih diperingkat rundingan teknikal antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan Syarikat Pencadang dan pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kelulusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

  2. Adakah jajaran yg dibuat telah dimuktamadkan
    Result TIA dan SIA?

    Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Peringkat Negeri Selangor Bil. 38/2023 pada 13 September 2023 telah membuat pertimbangan terhadap Laporan SIA bagi Projek Lebuhraya KL-NODE dan keputusan mesyuarat adalah bersetuju untuk meluluskan dengan pindaan dan hendaklah dibentangkan semula dengan mengambil kira ulasan oleh panel-panel pakar dan agensi teknikal berkaitan. Pada 25 April 2024, Laporan SIA berkenaan telah dibentangkan semula ke Mesyuarat Panel Penilai Laporan Impak Sosial (SIA) Peringkat Negeri Selangor Bil. 13/2024 dan Mesyuarat telah membuat keputusan untuk meluluskan dengan pindaan dengan mematuhi beberapa perkara penting sebelum kelulusan penuh diberikan. Namun begitu, sehingga kini pihak Perunding belum mengemukakan Laporan SIA yang telah dipinda kepada pihak Urusetia iaitu PlanMalaysia@Selangor. Manakala bagi Kajian Trafik Impak (TIA) ianya masih belum dikemukakan oleh pihak syarikat pencadang kepada LLM untuk kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.