Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
229) KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan dalam merakyatkan program kitar semula sisa minyak masak?
Kerajaan Negeri masih belum mempunyai dasar dalam merakyatkan program kitar semula sisa minyak masak. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa mendokong program kitar semula sisa minyak masak melalui Program Kerjasama Pintar. Program Kerjasama Pintar ini merupakan program berterusan sepanjang tahun yang dilaksanakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (Local Agenda 21), pihak komuniti (NGOs) dengan sokongan pemimpin tempatan bagi membantu LUAS dalam memulihara sumber air, lembangan sungai dan perairan pantai khusus daripada pencemaran yang berpunca daripada sisa minyak masak dari kawasan perumahan, restoran, gerai-gerai makan dan pasar malam. Objektif program adalah dengan mempergiatkan Kempen Kitar Semula Sisa Minyak Masak melalui inisiatif Kerjasama Pintar antara LUAS, komuniti dan
Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal punca pencemaran bersebaran (Non Point Sources) daripada sumber asalnya iaitu kawasan perumahan, restoran, gerai dan pasar malam. Ini dapat mewujudkan kesedaran dan penyertaan komuniti tentang pentingnya memulihara sumber air serta bersama-sama menjaga dan meningkatkan kualitinya. Khusus kepada komuniti yang berada di Lembah Klang, kempen ini membantu usaha Kerajaan Negeri dalam Program Pembersihan dan Pengindahan Sungai Klang yang sedang dilaksanakan.
Selain itu, melalui program ini dapat menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat bahawa sisa minyak masak boleh di kitar semula untuk dijadikan bahan berguna seperti minyak bio-diesel yang lebih mesra alam dan menjadi sumber tenaga alternatif pada masa akan datang. Konsep “Waste to Wealth” turut dapat dipromosikan di mana komuniti akan dapat menjana pendapatan dari program kitar semula ini dan dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
-
Apakah prestasi komuniti-komuniti yang terlibat dalam program ini?
Prestasi komuniti yang terlibat adalah baik contohnya di kawasan Klang terdapat 4 kumpulan river ranger yang dilatih untuk mengendalikan kutipan minyak masak dan menjual sisa minyak masak kepada Syarikat Kris Biofuel yang mengitar sisa minyak masak menjadi bio-diesel. Selain itu, sisa minyak masak ini juga di kitar semula menjadi lilin dan sabun. Sehingga Oktober 2013, prestasi kumpulan ini amat menggalakkan dan mendapat maklum balas yang baik dari peniaga premis makanan di sekitar pusat bandar
-
Apakah peranan dan insentif yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan bagi membantu komuniti untuk menjayakan program ini?
Peranan dan insentif oleh agensi-agensi kerajaan bagi membantu komuniti untuk menjayakan program ini adalah dengan memberi hebahan kepentingan kitar semula sisa minyak masak melalui ceramah, pameran dan risalah kepada pengusaha premis di restoran, pasar malam dan kawasan kediaman. Menganjurkan kempen-kempen dan pertandingan serta bantuan pemberian tong-tong untuk mengumpulkan minyak masak yang terpakai kepada