Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
43) KIT UJIAN KENDIRI COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk memberi kit tersebut secara percuma kepada warga Selangor?
Dalam mendepani penularan COVID-19 yang semakin pantas menjangkiti rakyat, Kerajaan Negeri menyedari kepentingan kit ujian kendiri COVID-19 untuk dimiliki oleh setiap individu. Justeru, Kerajaan Negeri dalam perancangan menyumbang 1,000 kit ujian air liur (saliva test kit) kepada setiap 56 DUN di Negeri Selangor bermula bulan September 2021. Melalui sumbangan ini, ia akan membantu bagi penilaian kendiri ujian COVID-19 terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan dan seterusnya dapat menjalankan kuarantin kendiri bagi mengekang penularan COVID-19.