Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

16) KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi membeli kit ujian kendiri COVID-19?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Kota Damansara (N39) No. 43. Menyedari hakikat bahawa ujian saringan adalah penting bagi mengenalpasti individu yang positif tetapi tidak bergejala, Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif ujian saringan komuniti secara percuma sejak dari tahun 2020. Susulan daripada keperluan mendapatkan keputusan ujian COVID-19 dengan lebih pantas, kit ujian kendiri air liur (saliva test kit) telah dibangunkan dan telah mula digunakan pada tahun 2021.

    Penggunaan kit ini juga adalah lebih murah (value for money) dan disahkan penggunaannya oleh Medical Device Authority (MDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Justeru, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif bagi memberikan sebanyak 1,000 unit ujian air liur (saliva test kit) secara percuma kepada setiap 56 DUN di Negeri Selangor. Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi tujuan ini adalah sebanyak RM1.08 juta.

     

     

  2. Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan kawasan-kawasan yang telah diberikan kit ujian kendiri COVID-19?

    Bagi memastikan manfaat ini dapat diterima oleh warga Selangor, pemberian saliva test kit ini akan diberikan kepada setiap 56 DUN di Negeri Selangor.

  3. Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengagihkan kit ujian kendiri tersebut?

    Bagi memastikan hanya golongan yang memerlukan dan kurang kemampuan menerima kit kendiri ini, kaedah pengagihan saliva test kit ini akan dilaksanakan melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.