Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
233) KISS – PENAMBAHAN KUOTA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaaan merancang untuk menambah kota dari jumlah terkini yang ada untuk setiap DUN?
Bagi kuota penerima Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Kerajaan Negeri masih mengekalkan bilangan kuota sedia ada di DUN masing-masing buat masa ini tanpa sebarang penambahan atau pengurangan bagi mana-mana DUN. Saya berharap agar Yang Berhormat sekalian dapat meneliti kembali kelayakan penerima-penerima KISS di DUN masing-masing, terutamanya yang telah menerima KISS sejak tahun 2018 bermulanya pelaksanaan program ini, agar dapat memberi peluang kepada penerima baharu yang sememangnya layak dan memenuhi kriteria.
-
Apakah sebarang bentuk penambahbaikan yang telah di lakukan sejak ianya di perkenalkan?
Salah satu bentuk penambahbaikan yang telah dilakukan sejak Program Kasih Ibu Smart Selangor diperkenalkan ialah berkaitan dengan bilangan penerima KISS iaitu pertambahan bilangan penerima KISS pada tahun 2018 adalah sebanyak 30 ribu manakala terdapat pertambahan pada tahun 2019 iaitu pertambahan sebanyak 10 ribu menjadikan jumlah keseluruhan penerima sebanyak 40 ribu. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah membuat penjajaran bagi program ini pada 15 Jun 2019 hingga 15 Julai 2019 menjadikan jumlah penerima sebanyak 20 ribu. Bagi tahun 2020, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan pertambahan sebanyak 5 ribu kuota khas untuk penerima kategori ibu tunggal