Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

231) KISS (KASIH IBU SMART SELANGOR)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini penerima KISS mengikut DUN selepas permohonan baru dibuka semula?

    Jumlah penerima Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) mengikut Dewan Negeri Selangor adalah seperti berikut :-

  2. Apakah kriteria utama untuk penerima KISS ini di kawasan DUN yang mempunyai pemohon yang ramai?

    Sebagai makluman ahli Yang Berhormat, tiada kriteria utama bagi penerima Program KISS di kawasan yang mempunyai pemohon yang ramai. Namun begitu, ahli Yang Berhormat boleh membuat pertimbangan dengan mengenalpasti golongan ibu yang berkelayakan untuk membuat permohonan sebagai penerima Program KISS dengan mengisi lengkap borang permohonan dan disahkan oleh ahli Yang Berhormat sebelum dikemukakan kepada pihak Selcare Management Sdn Bhd bagi tujuan cetakan kad KISS yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :-

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
    3. Pemilih berdaftar di Selangor;
    4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun;
    5. Berpendapatan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah sebulan; dan
    6. Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin/ miskin tegar) atau sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

Lampiran

Tiada Lampiran.