Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

321) KIOSK PERNIAGAAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk membina kiosk perniagaan kecik di seluruh kawasan Dengkil untuk memberi peluang perniagaan kepada peniaga - peniaga kecil yang tidak tersusun dan teratur dan merosakkan pemandangan?

    Salah satu usaha bagi memastikan peniaga kecil di seluruh kawasan Dengkil diberi peluang berniaga adalah dengan menyediakan MyKiosk di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan. Sekiranya tapak yang sesuai telah dikenalpasti, pihak Majlis akan memohon peruntukan melalui projek di bawah peruntukan Projek Gerai Penjaja: MyKiosk@KPKT atau peruntukan pihak Majlis yang berkonsepkan “take away”.

  2. Di manakah kawasan - kawasan yang telah ditetapkan atau akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor di kawasan Dengkil untuk menggalakkan lagi perniagaan kiosk di kawasan ini? Cadangan saya perbanyakkan kiosk di kawasan Pekan Dengkil.

    Penempatan sementara secara berpusat telah dilaksanakan di beberapa Kawasan Dengkil seperti berikut:

    1. Tapak Pasar Malam Pekan Dengkil
    2. Dengkil Walk, Taman Dengkil Jaya
    3. Balai penghulu Dengkil

Lampiran

Tiada Lampiran.