Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
256) KILANG TANPA KEBENARAN BAGI KAWASAN KAMPUNG BARU SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah kilang yang telah melakukan pemutihan bagi kawasan tersebut?
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pengusaha kilang yang tidak berdaftar?
Tindakan pihak MBSA terhadap pengusaha kilang yang tidak berdaftar adalah seperti berikut:
- Tidak memberikan lesen sementara kepada pengusaha terlibat.
- Menjalankan tindakan kompaun kepada pengusaha yang tiada lesen perindustrian.
- Mengeluarkan Surat Peringatan Terakhir kepada pengusaha kilang dan pemilik tanah terlibat.
-
Apakah tawaran kerajaan terhadap mereka bagi mendaftarkan kilang mereka bagi program pemutihan?
Tawaran Insentif yang diberikan pihak MBSA terdapat Program Pemutihan adalah Garis Panduan Syaratt Teknikal Minima seperti berikut :
- Pengurangan anjakan bangunan daripada 40 kaki kepada 20 kaki bagi menghadap jalan dan 25 kaki kepada 13 kaki bagi sempadan bersama.
- Penyediaan kawasan plint sedai ada di tapak
- Penyediaan tempat letak kereta kenderaan (TLK, TLM & TLL)sedai ada di tapak.
- Penyediaan kantin sedia ada di tapak.
- Penyediaan ruang solat mencukupi berserta kemudahan berwuduk.
- Pengurangan denda pelan bangunan daripada 10 kali ganda kepada 5 kali ganda
- Memberikan permit Bangunan Sementara (PBS) kepada struktur kilang yang memasuki anjakan bangunan dan seterusnya boleh diberikan kelulusan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).