Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
134) KILANG TANPA IZIN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kilang tanpa izin (KTI) mengikut pihak berkuasa tempatan
Statistik kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor mengikut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di Lampiran 1.
-
Senaraikan KTI yang telah berdaftar dalam program pemutihan KTI
Bancian yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) terhadap kilang tanpa kebenaran adalah seperti di jawapan (a). PBT dan PDT akan menyenaraikan kilang-kilang tanpa kebenaran untuk pengumpulan maklumat bagi tindakan penguatkuasaan setelah ProgramPematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor tamat pada 30 September 2020.
-
Senaraikan KTI yang telah berjaya mendapat kelulusan dan sebaliknya.
Statistik bagi permohonan mengubah kategori dan tukar syarat tanah di bawah seksyen 124(1)(a)dan(c) adalah seperti berikut;
BIL. DAERAH BIL. MOHON TUKAR SYARAT LULUS PETALING 6 6 KLANG 9 9 GOMBAK 1 1 HULU LANGAT SEPANG 2 2 KUALA LANGAT KUALA SELANGOR HULU SELANGOR SABAK BERNAM JUMLAH 18 18