Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

80) KILANG TANPA IZIN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kilang tanpa izin yang telah dikenalpasti di kawasan DUN Balakong?

    Terdapat 226 buah kilang haram di DUN Balakong.

  2. Apakah sebab kilang-kilang ini tidak dapat diputihkan?

    Antara sebab-sebab kilang ini tidak dapat diputihkan adalah seperti berikut:

    1. Keengganan pemilik tanah membuat permohonan, walaupun Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi pelbagai inisiatif di dalam program pemutihan kilang tanpa kebenaran.
    2. Pemilik tanah telah menyewakan tanah tersebut kepada pngusaha kilang dan pemilik tanah enggan mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Daerah (PTD).
    3. Kedudukan kilang di luar zon gunatanah industri yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.