Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

211) KILANG TANPA IZIN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kilang tanpa izin yang masih belum diputihkan mengikut DUN sehingga Jun 2020?

    Senarai jumlah kilang tanpa izin yang masih belum diputihkan mengikut DUN adalah seperti seperti di Lampiran.

  2. Sejauh mana keseriusan Kerajaan Negeri untuk menutup kilang tanpa izin terutamanya yang menyebabkan pencemaran alam?

    Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan telah dilancarkan pada 24 September 2019. Tempoh Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran bermula pada 1 Oktober 2019 hingga 30 September 2020. Walau bagaimanapun, berikutan pandemik COVID-19 telah melanda seluruh dunia khususnya Negara ini, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju agar Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Tindakan penguatkuasaan akan bermula pada Januari 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.