Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

28) KILANG SIMEN RAWANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa lama lagi pajakan tanah bagi pengoperasi kilang simen di Rawang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod sedia ada Lot 1955, Lot 1956 dan Lot 1957 Mukim Rawang pernah dikeluarkan pajakan sebelum tahun 1956. Kemudiannya, Lot 1955 telah dikeluarkan Pajakan Melombong No.4038 di bawah Enakmen Perlombongan (Cap.147) bagi tempoh 99 tahun bermula 23 Jun 1956 seluas lebih kurang 94 ekar kepada Malayan Cement Limited of Rawang.

    Berdasarkan semakan lanjut, Pajakan Melombong ke atas Lot 1955 masih lagi berkuatkuasa sehingga 23 Jun 2055. Lot 1956 telah didaftarkan hakmilik PN 5231 Lot 1956 Bandar Rawang Daerah Gombak seluas 49.53 ekar dengan syarat nyata Perusahaan. Lot 1957 telah didaftarkan hakmilik PN 5324 Lot 1957 Bandar Rawang Daerah Gombak seluas 24.71 ekar dengan syarat nyata Perusahaan. Semakan lanjut mendapati kilang simen di kawasan tersebut terletak di atas tanah hakmilik PN 5231 Lot 1956 Bandar Rawang Daerah Gombak.

  2. Rawang kita padat dengan kediaman, adakah kilang simen masih sesuai beroperasi di Rawang?

    Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, merujuk kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2020 yang telah diwartakan pada 20.01.2011 (No. Warta 141) BPK: 3.1 Kawasan Industri Rawang, tapak ini telah dizonkan untuk gunatanah Perindustrian.

    Semakan lanjut berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2030 (Penggantian) BPK 6.6 : Kuala Garing juga dizonkan sebagai gunatanah Perindustrian.

    Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kilang berkenaan telah pun sedia ada sebelum kewujudan lot-lot kediaman daripada taman perumahan di sekitarnya. Majlis Perbandaran Selayang berpandangan, penilaian semula daripada agensi berkaitan adalah diperlukan bagi penilaian semula operasi kilang berkenaan.

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, semakan mendapati kilang simen Rawang (Lafarge) ini telah mula beroperasi sejak tahun 1950, sebelum wujudnya Majlis Daerah Gombak. Pada ketika itu tiada garis panduan khusus bagi pembangunan aktiviti ini. Merujuk kepada pembangunan semasa di sekitar kilang simen ini merupakan pembangunan sedia ada di tapak.

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan operasi kilang simen tidak menjejas kehidupan penduduk?

Lampiran

Tiada Lampiran.