Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

29) KILANG SIMEN RAWANG

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan dan tempoh pajakan tanah YTL Cement bagi tujuan pelombongan simen di Kawasan Rawang.

    Terdapat 2 lot yang masih mempunyai pajakan bagi tujuan perlombongan simen di kawasan Rawang iaitu ;

    i) Lot 20146 – ML3 / 2015 (Batu Kapor)
    Tempoh Pajakan : 26/4/2004 – 25/4/2025 (21 Tahun)

    ii)Lot 1955 – ML 4038

    Tempoh pajakan 99 Tahun (1956 – 2055) – Lesen Pajakan ini dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Gombak. Lesen ini dikeluarkan sebelum Enakmen Mineral (Selangor) 2000 diwujudkan.

  2. Apakah pandangan kerajaan bahawa kilang simen Rawang tidak mempunyai jarak buffer 500M daripada kawasan perumahan?

    Jarak yang paling hampir dengan kawasan perumahan adalah lebih kurang 100 meter (arah timur dari kilang berkenaan). Kilang berkenaan telah pun sedia ada sebelum kewujudan lot-lot kediaman dari taman perumahan di sekitarannya. Pandangan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia adalah diperlukan bagi penilaian semula operasi kilang berkenaan.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, semakan mendapati kilang simen Rawang (Lafarge) ini telah mula beroperasi pada tahun 1953, sebelum wujudnya Majlis Daerah Gombak yang ditubuhkan pada tahun 1977. Pada ketika itu tiada garispanduan khusus bagi pembangunan aktiviti ini. Merujuk kepada pembangunan semasa di sekitar kilang simen ini merupakan pembangunan sedia ada tapak dan setiap pembangunan baharu di kawasan ini perlu mendapatkan sokongan dairpada pihak Jabatan Alam Sekitar.

  3. Adakah kilang simen masih sesuai untuk berada di kawasan pusat Rawang yang pesat dengan kawasan perumahan?

    Merujuk kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2020 yang telah diwartakan pada 20.01.2011 (No. Warta 141) tapak ini telah dizonkan untuk gunatanah Perindustrian. Ini kerana tempoh pajakan bagi kilang simen ini adalah melebihi tempoh perancangan yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.