Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
92) KILANG PLASTIK HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan kilang plastik haram di Selangor mengikut DUN.
Bilangan kilang plastik haram yang dikesan adalah sebanyak 107 buah melibatkan 6 PBT sahaja di mana 99 kilang plastik haram tersebut telah diberi Notis Penutupan. Daripada 99 buah kilang tersebut, sebanyak 48 buah kilang telah ditutup sepenuhnya melalui Operasi Bersepadu. PBT akan sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memantau perkara ini bagi tujuan pemutihan. Berikut adalah pecahan bilangan kilang plastik haram di 6 PBT:-
*Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
Bil.
PBT
Jumlah
Notis Penutupan
Telah Ditutup Sepenuhnya
1.
MPK
41
41
8
2.
MDKL
33
33
33
3.
MDKS
8
8
–
4.
MBSA
12
12
4
5.
MDHS
12
4
2
6.
MPSp
1
1
1
Keseluruhan
107
99
48 -
Sila nyatakan tindakan yang telah diambil dan berapakah pengusaha yang telah dikenakan ke mahkamah.
Sebanyak 6 kes oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) telah diambil tindakan mahkamah dengan kutipan denda sebanyak RM389,000.00 dan hukuman satu hari penjara. Secara keseluruhan, jumlah kes yang disiasat oleh JAS bagi tempoh Julai 2018 sehingga Februari 2019 adalah sebanyak 127 kes. Berikut adalah pecahan kilang plastik yang telah disiasat dan tindakan yang telah diambil oleh JAS Selangor berdasarkan tempoh tersebut:
Jumlah kes disiasat
Penahanan Operasi / Tutup
Notis Arahan
Kompaun
Syor Tindakan Mahkamah
127
80
30
13
50
*Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor