Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
167) KILANG PADI DAN BERAS TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri berperanan membantu petani berkaitan harga padi yang tidak stabil dibeli oleh kilang-kilang swasta?
Kawalan harga padi adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. amun, Kerajaan Negeri boleh membuat kerjasama dengan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi membantu mengawal harga maksimum dan minimum bagi setiap tan padi yang dibeli oleh kilang-kilang swasta.
-
Oleh kerana kilang-kilang padi ini membeli padi tempatan, adakah Kerajaan Negeri turut memastikan beras tempatan mencukupi?
Akta 522 juga tidak menghadkan jualan beras di dalam negeri sahaja. Pengilang padi dan pemborong beras dibenarkan menjual beras di mana-mana tempat dalam negara dengan mendapat kebenaran dari Agensi Kawalselia Padi Dan Beras berdasarkan Permit Pemindahan Padi Dan Beras Atau Hasil Sampingan Padi Atau Beras.
-
Apakah Kerajaan Negeri memantau kilang-kilang ini?
Kerajaan Negeri tidak mempunyai agensi khas bagi memantau kilang-kilang tersebut dan tiada kuasa diperuntukan kepada mana-mana Kerajaan Negeri. Semua kilang padi dan pembeli padi tertakluk kepada perlesenan kilang padi dan perlesenan membeli dibawah kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi Dan Beras.