Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
77) KILANG KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) DI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Menurut laporan KDEBWM, lebih 200 kemudahan kitar semula sisa e-waste haram beroperasi di Malaysia, dengan beberapa dilaporkan di Rawang dan Hulu Selangor, apakah tindakan Kerajaan?
Pihak MPHS sentiasa cakna dan melaksanakan pemantauan di kawasan industri yang mengadakan aktiviti kitar semula sisa e-waste secara berkala dari semasa ke semasa supaya pihak premis sentiasa mematuhi syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh MPHS. Jabatan juga telah menjalankan beberapa operasi penguatkuasaan untuk premis kitar semula sisa e-waste di sekitar Hulu Selangor.
-
Sila senaraikan kilang kitar semula e-waste yang berlesen dan haram di seluruh Selangor dan Kuala Kubu Bharu serta lokasinya.
Berikut merupakan senarai kilang kitar semula e-waste yang berlesen di Kuala Kubu Bharu:
BIL NAMA SYARIKAT LOKASI PREMIS KATEGORI LESEN 1 Efast Industries Sdn. Bhd Pt 701 Jalan Zurah 1, Perindustrian Zurah, 44200, Rasa, Selangor Lesen Sementara 2 Anyoli Sdn Bhd Lot 19 Dan Lot 20 , Jalan Zurah 3a/1, Perindustrian Zurah, 44200, Rasa Lesen Sementara 3 Zhan Hong Industries Sdn. Bhd. No. 5, Jalan Zurah 3a, Perindustrian Jalan Zurah, 44200, Rasa, Selangor. Lesen Sementara 4 Beststar International (M) Sdn. Bhd. Lot 1735 & 1736, Batu 29, Jalan Kl-Ipoh,, 44300, Batang Kali, Selangor. Lesen Sementara *Tiada premis kitar semula e-waste yang tidak berlesen di Kuala Kubu Bharu.
-
Apakah tindakan Kerajaan terhadap kilang mempunyai kelulusan EIA tetapi masih mengeluarkan asap yang mengganggu/menyusahkan penduduk? Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah baik standard Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi meningkatkan syarat?
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan penguatkuasaan secara berkala ke atas kilang-kilang kitar semula Buangan Terjadual (BT) termasuk e-waste yang telah diberikan syarat-syarat kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam
Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA). Berdasarkan rekod JAS bermula pada tahun 2020 hingga terkini, sebanyak 34 tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap kilang-kilang yang beroperasi di daerah Hulu Selangor merangkumi 17 Notis Arahan, 12 kompaun dan 5 tindakan mahkamah bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pada masa ini, pihak JAS terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kilang-kilang bermasalah termasuk yang sering diadu oleh penduduk sekitar. Pihak JAS juga bersedia untuk mengetatkan syarat-syarat kelulusan laporan EIA dan syarat lesen operasi sekiranya terdapat keperluan pada masa hadapan.