Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
225) KILANG-KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kilang-kilang tanpa kebenaran di kawasan perindustrian Ulu Yam Lama.
Senarai kilang-kilang tanpa kebenaran di kawasan perindustrian Ulu Yam Lama adalah seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran A.
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses pemutihan kilang-kilang tersebut.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses pemutihan kilang-kilang tersebut antaranya:
- Penurunan kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk mempercepatkan proses permohonan tukar syarat dan meminda syarat nyata tanah iaitu dengan menubuhkan Jawatankuasa Penyelesaian Kilang Tanpa Kebenaran Daerah yang dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah bagi meluluskan permohonan yang tidak bercanggah dengan zon yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan segera di Pejabat Tanah.
- Bagi luar zon yang ditetapkan diturun kuasa kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram bagi mempercepatkan proses permohonan-permohonan tukar syarat dan meminda syarat nyata tanah.

Maklumat Tambahan:
Dasar terkini Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam Bil. 6/2013 ialah insentif diberikan potongan 50% berdasarkan Pekeliling PTGS Bil. 6/2006 masih dikekalkan. Tempoh bayaran sekarang ialah 3 bulan dan 1 bulan tambahan yang dikenakan dengan kadar faedah sebanyak 3%.
Kesimpulan seperti berikut :
Dasar di atas dikekalkan, walau bagaimanapun telah diputuskan bahawa pemilik tanah yang menukar syarat tanah mereka daripada pertanian kepada perindustrian dikehendaki membayar 30% dalam tempoh tersebut sebagai satu syarat untuk membolehkan mereka diberi peluang membayar secara ansuran dalam tempoh 8 bulan. Bilangan ansuran akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Oleh itu, peranan Pentadbir Tanah bagi melaksanakannya dan memantau pembayaran ansuran berkenaan apabila ia diputuskan kelak.