Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

141) KILANG HARAM MENCEMARI ALAM SEKITAR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah prosedur Kerajaan (PTD dan PBT) untuk meminta TNB bertindak di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik untuk memotong bekalan elektrik kepada kilang-kilang yang menjalankan kegiatan yang melanggar Akta Kualiti Alam sekitar?

    Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah tertakluk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 yang tidak memperuntukkan kuasa PBT dalam pemotongan bekalan elektrik kepada kilang-kilang yang menjalankan kegiatan yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekitar. Sehubungan itu, pihak TNB hanya boleh memotong bekalan elektrik sesuatu premis dalam kes tertentu iaitu:-

    • Tunggakan bill elektrik yang telah tamat notis pembayaran;
    • Didapati kesalahan mengubah suai elektrik; dan
    • Kehendak pengguna sendiri kerana penutupan akaun.

    Walau bagaimanapun, PBT boleh mengemukakan permohonan pemotongan bekalan elektrik sesebuah premis kepada TNB.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.